Wednesday, August 31, 2011

Melaka.. Here i come.. Dalam 4 jam lg ak akan smpai ke melaka,insyaALLAH.. Bersama abah,angah dan zara.. Beraya di kampung abah.. Mcm mane reaksi yg perlu dipamerkan? Mesti sunyi sepi tanpa suara.. Haihh.. Mcm org yg xpandai bgaul je.haha.. Semoga dipermudahkan segalanya.insyaALLAH,amin..

Selamat Malam Duka..

kisah sedih... hurm.. kadangkala aku terlalu kepinginkan teman yang mampu mendengar kisahku berulangkali.. namun..... hurmm... semoga aku mampu untuk lena.. memejam mata dan pekat malam membawa jauh kisah itu dan hening pagi esok memberi semangat dan nafas baru untukku.. insyaALLAH.. amin..

semoga senyum itu mampu mengubat hati dan membawa bahagia dan ceria... walau dekat di alis mata, kulihat sedih yang menerpa sehingga tidak tertahan seminit dua..

abah... semoga kuat jiwamu.. semoga teguh semangatmu.. sedih kulihat abah begini.. hurm... atie tau apa yang abah rasa.. atie pun rasa.. kami semua pun rasa.. kite dalam proses melepaskan kisah itu perlahan2.. imbasan dengan mak sentiasa menari di mata... dan pengakuan itu inginku laungkan sama seperti abah.. "semua dah sebati-kata abah"....

kutahan sebak itu dikerongkong.. tak terlepas sedikit pun suara.. supaya tidak didengar getaran yang menggegar segenap dada... aku hanya mahu menangis sekuatnya malam ini.. tapi.. tertahan jua.. aku harus tidur.. walau kutahu pasti air mata itu menjadi penyejuk mengalir di pipi... semoga tangisku tidak lama dan terus lena sehingga esok...

Selamat Malam Duka...

Tuesday, August 30, 2011

Syawal

Puasa dan Raya... Hurmmm... banyak yang berbeza.. setiap tahun ada perubahan yang berlaku.. baik dr dalam diri mahupun dari luar persekitaran... dan insyaALLAH Ramadhan dan Syawal akan datang.. perbezaan lain pasti ada berlaku.. sama ada disambut ketika aku sudah tiada di sini mahupun sebagai insan yang lain dari sebelumnya... dan perbezaan ketara adalah mak sudah tiada buat kali ini.. perubahan yang ketara.. yang aku ingin ceritakan pada seseorang yang sudi untuk mendengar... aku pura2 bergembira.. memasak juada raya yang mirip dengan orang lain.. berpakaian istimewa menyambut lebaran.. tersenyum dan bergelak ketawa.. seolah2 semuanya gembira dan penuh ceria.. namun dalam hati?.. masing2 tahu sayu meraja di segenap sanubari.. angah,abah,mira n along.. cuba menyembunyikan segala.. dan aku sendiri.. menahan hiba.. cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata.. walaupun aku hampir tewas hari ni.. tapi ALLAH bagi aku secebis kekuatan.. dipinjamkan sedikit ketabahan.. jika boleh aku rakam dan ulangi di sini.. pasti aku akan sedih sendiri..


CEMBURU

"aku dengki dgn mereka.....

kerana mereka sering bsama....

berbincang bdua...

bkongsi suka dan duka

mereka juga sering ketawa bsama....

aku iri gelagat mereka....

kerana selalu bpelukan mesra....

msak bsama...mkn bsama ...

bsalaman sntiasa...

dan yg paling aku CEMBURU

apabila menjelang Ramadhan dan tibanya SYAWAL...

mereka bdua bkesempatan bsalaman dan bermaaf-maafan...

tapi AKU......

tidak mampu lagi melakukannya ....

tidak brdaya mcapai jari jemarinya memohon keampunan....

tidak tgapai untuk memeluk tubuhnya melepas rindu yg tpendam...

aku terlalu kepingin untuk bsamanya....

bkongsi cerita duka dan lara...

teringin sekali mcipta kenangn bsama dgnnya

namun ALLAH lebih Menyayangi nya....

MAK ....

damai laaa dikau DISANA...

semoga rohmu bsama dgn org2 yg dikasihiNYA...." - Mariani Embran ( kakak sejawat denganku)



dan dalam ketika ini.. banyak persoalan menerjah di minda.. tentang masa depan.. tentang masa lalu.. tentang insan istimewa yang bakal aku meletakkan separuh hidupku sebelum aku disunting secara sah dalam akad dan nikah.. soalan itu dan ini... tentang ketakutan.. tentang kerisauan.. tentang kebahagiaan.. tentang kesetiaan.. tentang kesudiannya.. tentang penerimaan... dan tentang penyesuaian aku dalam kehidupan baru.. bersama dia dan keluarganya.. bersama kehidupannya.. bersama peribadinya.. bersama karektornya.. bersama ketegasan mahupun cintanya.. bersama belaian dan diam sunyi sepinya.. bersama gurauan serta kesedihan dan kekecewaannya.. mampukah?.. mampukah aku menjadi penyokong terhebat... pencetus idea.. peniup semangat.. mampukah aku menjadi yang terbaik untuknya?... semoga tiada lelah dalam pembentukan diri dalam membina mahligai ini kelak... insyaALLAH.. amin..

Monday, August 29, 2011

Raya....

bergiat aktif!!!.... esok raya.. jadi mulakan kerja2 memasak.. ape agaknya yang akan berlaku?.. jeng jeng jengggggg..... nantikan sambungannya esok.. (mcm xde life pulak duk update blog kan?.. whatsoever.. )


Salam Lebaran... Ampun Maaf Atas Segala Salah Silap.. =)

Sunday, August 28, 2011

---

ketakutan... demi ketakutan..


kalau lah ada yang faham ketakutan aku ni... hurm... Semoga semua dipermudahkan.. amin..

Friday, August 26, 2011

Taksabarnyerrrrr.....

Tak sabar... Cepatlah... Aduhhhh... Mata mengantuk pulak hujan2.. students xramai yang datang sekolah... nasib baik ada rekod kena buat.. then ada program dari pagi... xdelah aku melayan ngantuk aku ni.. cuma sekarang rasa xsabar nak balik umah... cepatlah 12.15.. aku nak balik umah.. kemas barang,lipat baju,buang sampah, dan kiss bye2 to my panda.. (kiss??... nnt melecur bibir aku.. huhuu...).. rasa mcm nak angkut je encik panda balik ipoh tp mcm xberapa patut sbb encik panda itu tak pandai masak kek, buat susah je nnt..haha..


buat encik panda kesayangan hati.. anda perlu tinggal di dalam bilik kita tu ye.. anda jaga bilik tu seminggu.. nnt orang balik, kita ubat rindu ye.. haha.. (mcm nak tinggal seseorang je bunyinya...huhuuu)..

back to ipoh!!!.... tak sabar nak balik ni... nak buka sama abah.. mcm nak bawak gi mkn luar je sbb nak celebrate birthday abah semalam.. haihhh... smlm aku call tp aku xsampai hati nak wish.. aku risau abah terkenangkan mak.. sbb mak yang biasa wish n beli hadiah tuk abah.. hurmmm.... menantu abah n mira bagi motor pancing... angah pula siap wish nyanyi kat abah.. tp aku??.. tulah atie.. kau ikut emosi sgt.. bukan abah yg terkenang, kau yang terkenang lebih2.. haihhhh... xpelahh.. mlm ni aku ajak abah gi date.. haha.. gi mkn pizza hut!.. (mcm la abah nak... kihkihhh).. dah la minggu2 terakhir ramadhan ni aku x control makan.. makin bulat.. mst baju yang aku nak pakai 10hb nnt ketat n menampakkan susuk tubuh yang montel dan bulattttttt.... terkezut lah orang2 yang datang.. si dia xkan terkejut sbb dia dah tgk aku masa minggu lepas so dia akan faham lah kannn... hahaha... kesian dia.. nnt kite cuba sedaya upaya ok!!!.. chaiyokkk!!!... tp kalau berjaya nak hadiah lah.. kena fikirkan sesuatu supaya lebih bermotivasi.. antara yang terlintas sekarang ialah::

1) candle light dinner.. (romantik youuuu...)
2) teddy bear yang besarrrrrrrr... (ada teman nak peluk malam2..hehe)
3) rantai tangan.. (ada terfikir sbb teringin nak pakai.. tp mcm xberapa patut.. so.. xjadik lahhh.. ignore!)
4) nikah cepat... (haaaa... berbaloi2.. sbb leh minta egtukar..hahaha... )
5) ape lagik ye yang aku nak??.. entah lah.. susahnye nak fikir... hurmm.. nanti je lah fikir..

so.. skrg.. aku kena berusaha gigih dan berdisiplin... kalau aku tak berdisiplin, aku kena jumpa cikgu disiplin.. kena rotan.. awwchhhhh... cakit cakit... xmau!.. hehe..

berbalik pada cite ipoh.. persiapan raya akan kurang fokus.. aku akan lebih memfokuskan tentang persiapan pertunangan... byk yg x beli lagik.. nape la masa orang lain aku ada idea n bersemangat.. tp bila masa aku?.. kurang pulak bsemangat n blurrr... haihhh... semoga semuanya ok.. hurm.. Good Luck aTie.. =)

Wednesday, August 24, 2011

teraniaya... =(

setelah hati dundang rasa gembira... senyuman manis dari hati... tiba2.. pagi ini dikejutkan dengan berita yang membuatkan aku mahu menangis.. sesak n sebak dalam dada... =(


yer.. hal dunia yang menyedihkan... akulah orang yang teraniaya... aku tahu aku adalah golongan yang telah dianiaya pada 24 Ogos 2011..

sebanyak mana aku bercakap pun.. perkara sudah berlaku.. luahkan berkali-kali pun.. pasti tak mampu mengubah apa2.. aku kena bertindak mengikut logik akal pada hari ni.. bukan menerusi emosi yang tidak stabil.. tapi bergenang jua air mata... terkilan, sedih, marah, geram dan mcm2...

aku tau ada orang yang lebih banyak diuji dalam hal ini.. aku bukan yang paling teruk dianiaya.. mungkin amaunnya lebih banyak dari aku.. tapi, bagi orang yang bukan golongan jutawan, ianya sangatttttt membebankan..

hanya ALLAH mampu membantu menenangkan hatiku..

Tuesday, August 23, 2011

Labu part II...

Alhamdulillah.... =)


sambungan kisah labu... bila labu menjadi pengat n masak lemak... huhu...

semalam balik sekolah, aku terus ke carrefour.. betul ke ejaan aku ni???.. pedulikann.. huhu.. mula2 nak ke tesco, tapi tetiba rasa malas nak gi tesco dekat ngan skolah tu sbb jumaat lepas dah gi.. (mmg muka tesco aku ni..hehe)..

dijadikan kisah, aku terlepas simpang nak masuk carrefour tu.. aku ikut simpang lagik satu yang aku sendiri xtau ke mana arah tuju.. aku ikut je intuisi (cewah..)... dan aku pun sampai.. aku jalan2.. ingat dalam kepala apa yang nak dibeli.. tetapi.. tanpa disangka2 ada org tahan aku.. promoter ambi pur car.. adehhh.. mcm tau2 je aku mmg plan nk beli refill pewangi keta tu.. dh abis.. dah dia ckp2.. aku pun bau la kann.. then rasa wangi je.. aku pun beli.. masa beli tu teringat kat sorang tu.. hehe.. nnt i beli satu utk u okay?.. =)

hurm.. pencarian bahan2 masak bermula.. semuanya dpt kecuali sagu n daun pandan.. mmg susah betul nak cari daun pandan kat tengah kota ni.. huhu.. mmg sungguh susah.. mcm hari tu masa masak bubur kacang, x letak daun pandan pun.. jd kurang la wangi.. smlm pun xletak tp sedap je lah.. haha..

apa yang dirancang semalam dpt dilaksanakan.. kwn umah masak 2 lauk.. aku masak 3 masakan.. akak yang dtg buka tu bawak yong tau fu n air amra (my feveret).. nyum2... alhamdulillah.. mmg semalam naik ntah berapa kilo pun xtau.. fuhhh... menakutkan.. skrg dah la membulat dengan pesatnya.. ni tambah lagik la nampaknyaa...

jadi juadah berbuka smlm mmg terbaiklah.. (terbaik sbb bukan senang aku nak masak kat penang ni.. mmg jarang2 sgt.. hhuuhuuu.. )

hari ni aku akan menternak dan membulat lagik sbb dah buat appointment dengan seseorang.. nak berbuka dengan dia.. harap2 hanya kami berdua.. berdua lebih baik.. leh spend time together-gether.. huhuu.. =)

Monday, August 22, 2011

labu....

Kisah labu... bukan labu labi.. tapi LABU... labu yang warnanya kuning2 oren... yang manis2.. nyum nyum...


malam tadi balik dari ipoh.. tiap2 minggu akan balik.. ini bermakna.. setiap minggu aku akan berbuka dengan abah, angah, mira (sometimes), along n zara... alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk aku mengutamakan keluarga berbanding kawan2.. tak ape berhabis duit untuk diorang.. bila dikira2.. saving xbanyak sgt bila berulang tiap2 minggu.. bonus pun tak berapa nak nampak dah.. hulur sana sini.. jadi.. aku nak minta maaf awal2 kepada insan2 yang mengharapkan duit raya pada tahun pertama aku bergelar kuli tetap ni.. hehe.. aku xdapat nak spend banyak untuk anak2 yang datang beraya atau sepupu2 n anak2 sedara yang ada.. jadi, kepada kanak2 berumur 12 tahun ke atas.. umur anda adalah expired untuk dapat duit raya dari kakyati a.k.a auntie atie okayy...!~... =P (alasannya: budak kecik xpandai merungut kalau aku bagi sikit je duit raya.. kalau yg dh besar.. pandai merungut n membanding2kan.. budak2 zaman sekarang mcm2 pe'el... huhuuu... )

okay... back to my sweet labu... malam tadi aku telah mengangkut 2 biji labu.. anggaran berat 2-3 kilo setiap satu.. ni hasil penat lelah abah ni.. my abah yang hebat!.. not your abah okay.. huhu.. =P tapi aku ingat nak bagi kat maklang a.k.a rakan sekerja kat sekolah... dan kawan2 di sini.. dan aku nak bagi kat akak2 sekolah lama.. pastu.. aku nak bagi kat kawan umah.. dan aku mcm nak bagi kat jiran2 n jamu orang2 kat surau... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii... aku cuma bawak 2 biji sahaja... hurmm.. x cukup... jadi aku telah memilih insan bertuah jer... 1) kawan2 umah aku... 2) akak2 kesayangan di skola lama... 3) kalau ada lebih aku nak bagi kat jiran sikit..

tapiiii.. ada satu lagik hal daaaa.... aku nak bagi labu mentah ke yang dah masak ye?.. aku bab masak mmg x konfiden lahhh... mmgla rasa dia ada tapi bdebar2 nak bagi orang makan.. yelah.. aku ni xde skill yang hebat.. setakat campak2 je.. karang yang aku campak x cukup syarat kanggg.. naya lah mereka itu!.. hehe... aku mengambil keputusan untuk masak yang simple lagi mudah.. iaitu... pengat labu... ni teringat kat mak ni.. mak suka masak pengat labu.. pengat pisang.. pengat durian.. ni hidangan waktu minum petang la ni.. mak sangat rajin.. tapi anak2 ni sangat rugi sbb dulu suka sangat tolong gitu2.. kan xdapat mewarisi kehebatan mak... so terpaksalah buka resepi online atau buku2 resepi yang dibeli merata tu...

dan aku fikir lagi.. nak buat pengat labu gula merah atau gula putih?.. yang sedap dan cantik pastinya gula merah.. harap2 tesco ada jual la gula merah... balik sekolah nak gi belii.. 1) gula merah 2) santan 3) daun pandan 4) sagu (ni mcm xmau masuk je.. xsuka sgt.. hehehee... )

dan juadah berbuka puasa pun akan bertemakan labu.. buat masak lemak je lah... pastu goreng ikan masin.. kalau rajin, aku nak buat sambal ikan bilis.. kalau x rajin.. aku hentam beli je semua.. tgk keadaan tubuh badan karang..

semoga tercapai cita2 untuk memasak pada minggu terakhir kat penang... hurm.. kalau xdpt buat ari ni, esok pun ok jugak.. insyaALLAH.. minta2 kawan2 makan.. yerlah.. orang yang xberapa mahir masak mcm aku ni, siapa je yg sudi kannnnn.... huhuuu..

balik sekolah ni nak gi brg dapur sikit.. smbil tu leh cuci mata tgk baju.. hurm.. baju raya.. hurm.. ada keinginan nak beli.. tapi bila fikir2.. malas pun ada.. mcm smlm.. jalan2.. tgk baju tp bila smpai kat kedai tu tengok punya lama.. last2 tetiba nafsu utk membeli lenyap.. terus xda keinginan nak beli.. pelik kan.. masa kat rumah semuanya bsemangat.. nak cari baju raya.. tapi bila kat kedai xmau beli pulak.. padahal semua cantik2.. haihhhhhh.... xpelah.. pakai baju lama je lah.. apelah bezanya baju baru dan lama kalau diri sendiri pun xrasa teruja nak memakainya...

Semoga Ramadhan tahun ini mampu aku harungi kerana semakin lama ia beransur pergi.. dekat pula dengan kisah baru yang memerlukan kekuatan mental, fizikal dan emosi..


Thursday, August 18, 2011

>_*

Apa yang anda inginkan?.. ada yang menjawab material semata-mata.. dan aku?.. hurm.. berfikir sejenak.. aku ingin mengalami sebuah kehidupan yang berbeza daripada kehidupanku kini.. namun kadangkala resah menemaniku.. aku cuma mampu berfikir sejenak dan berangan-angan indah..

kehidupan bagaimana yang aku inginkan?.. dari berseorangan menjadi berduaan.. tapi entah bila mampu dicapai.. menanti dalam meniti jalan itu.. sabar pasti menjadi teman akrab.. tapi segalanya perkara yang tidak pasti... dan ragu-ragu menjadi mainan di hati...

Namun segalanya bukan menerusi hati semata-mata.. perlu ada rasional dan logik yang mendorong keputusan ini.. walaupun jauh di dasar hati, kerana hatilah keputusan ini diajukan... dan sekiranya kerana logik akal semata-mata mungkin U-turn menjadi pilihanku...

Tapi.. Masih.. Tetap.. Hati jua merajai minda.. Semoga bahagia milikku yang abadi..


Thursday, August 11, 2011

hati...

Aku nak cerita... mcm2... aku cerita diam2 dalam hati... sebab aku suka bercerita..

Cuma.. kadangkala.. mungkin jua seringkali.... aku mula rasa jauh dan kerdil... jika dibanding dengan manusia di sekelilingku... mungkin itu sifatku...

Tapi.. aku taknak berasa sedih lagi... aku perlu kuat demi diriku dan insan2 istimewa di sisiku...

cuma.. kadangkala.. aku mahu melayani hati... dan pasti.. hanya aku yang sudi melayani hati.. kerana ia dipinjamkan khas untukku... namun.. dengarkanlah secebis denting hati supaya mampu difahami isinya..

Monday, August 8, 2011

insyaALLAH..

Ada banyak benda aku nak ubah... hurm... tapi x mudah... berperang dalam hati.. kemudian mula goyah takut sendiri...

tapi aku nak cuba.. tak salah mencuba sehingga berjaya.. kalau tak berjaya pun takpe sbb dah mencuba dan usaha...

kalau dulu aku boleh.. kenapa sekarang aku kalah.. tidak.. tidak.. jangan menyerah.. aku akan cuba sedaya upaya...

insyaALLAH... pasti boleh.. berjaya!...

p/s: apa yang boleh? apa yang berjaya?.. tak perlu dicerita terperinci tentangnya.. biar graf itu aku yang nampak.. kerana yang menilainya bukan manusia seperti kamu... kamu dan kamu.... =)

Friday, August 5, 2011

Yahoooo... balik!!

050811 - tak sabar nak balik ipoh... apa nak masak petang ni ye.. mesti ada ikan yang abah pancing dalam peti ais.. kalau masak lemak cili api pun sedap jugak ye.... dah berapa hari tak makan nasi ni.. kalau balik mesti mkn nasi.. haha..


dulu masa mak ada.. mak yang selalu masak.. aku cuma tenung2.. tolong sikit2.. sbb abah kurang kalau anak2 yang masak.. dia tau anak yang masak atau mak yang masak.. dan kalau anak yang masak mst kurang dia makan.. tak sedap kot.. huhuu... tapi kalau mak masak.. semua abah makan.. telur masak kicap pun abah makan..

bila fikir2.. teringat kata2 seseorang.. jadikan kenangan tu perkara yang tidak menyedihkan.. bukan mudah tapi tak mustahil.. sekarang aku dalam proses tu.. aku akan sentiasa menyebut tentang mak.. supaya aku mampu berdepan dengan emosi tu.. aku takut.. aku kena kuat.. aku kena lepaskan jugak..

buat seketika beberapa hari ni.. aku banyak cerita tentang mak.. tak kisah la dengan siapa pun.. aku mesti akan kaitkan tentang mak tentang banyak perkara.. aku nak berdepan dengan semua tu.. aku tak nak simpan dan sedih.. aku nak luahkan dan menerimanya sedikit demi sedikit..

aku tau Dia sentiasa bersama aku.. aku nak mencari bahagia.. bukan derita.. jadi aku alihkan semuanya pada insan2 yang masih ada di sini.. aku nak memberi bahagia dan ceria pada orang2 yang aku sayang.. insyaALLAH..

aku ingin memberi supaya aku turut senang dan gembira... bila kita sayang kat orang dan menghargai orang2 tersebut... insyaALLAH mereka akan mengembalikan kasih sayang itu padaku.. aku masih berusaha.. =)




Tuesday, August 2, 2011

Rindu & Bahagia Bersatu...

Kenangan manis di bulan Ramadhan.. Akan kutitip yang indah.. Akan kusisip bahagia..

Izinkan aku sentiasa mengenangkan kisah manis itu..

Kisah manis antara aku dan dia.. aku dan mereka.. aku dan semuanya...

Biar yang manis menjadi santapan.. Menghurai segala sendu lalu mampu tersenyum syahdu..

Semoga bahagia dan rindu bersatu..


p/s: Rindu itu akan kujadikan kenangan indah.. yang tak luput dan sering meniti di bibir.. tanda kasih abadi buat 'dia' di 'sana'.. hanya dengan izinNYA..