Tuesday, August 30, 2011

Syawal

Puasa dan Raya... Hurmmm... banyak yang berbeza.. setiap tahun ada perubahan yang berlaku.. baik dr dalam diri mahupun dari luar persekitaran... dan insyaALLAH Ramadhan dan Syawal akan datang.. perbezaan lain pasti ada berlaku.. sama ada disambut ketika aku sudah tiada di sini mahupun sebagai insan yang lain dari sebelumnya... dan perbezaan ketara adalah mak sudah tiada buat kali ini.. perubahan yang ketara.. yang aku ingin ceritakan pada seseorang yang sudi untuk mendengar... aku pura2 bergembira.. memasak juada raya yang mirip dengan orang lain.. berpakaian istimewa menyambut lebaran.. tersenyum dan bergelak ketawa.. seolah2 semuanya gembira dan penuh ceria.. namun dalam hati?.. masing2 tahu sayu meraja di segenap sanubari.. angah,abah,mira n along.. cuba menyembunyikan segala.. dan aku sendiri.. menahan hiba.. cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata.. walaupun aku hampir tewas hari ni.. tapi ALLAH bagi aku secebis kekuatan.. dipinjamkan sedikit ketabahan.. jika boleh aku rakam dan ulangi di sini.. pasti aku akan sedih sendiri..


CEMBURU

"aku dengki dgn mereka.....

kerana mereka sering bsama....

berbincang bdua...

bkongsi suka dan duka

mereka juga sering ketawa bsama....

aku iri gelagat mereka....

kerana selalu bpelukan mesra....

msak bsama...mkn bsama ...

bsalaman sntiasa...

dan yg paling aku CEMBURU

apabila menjelang Ramadhan dan tibanya SYAWAL...

mereka bdua bkesempatan bsalaman dan bermaaf-maafan...

tapi AKU......

tidak mampu lagi melakukannya ....

tidak brdaya mcapai jari jemarinya memohon keampunan....

tidak tgapai untuk memeluk tubuhnya melepas rindu yg tpendam...

aku terlalu kepingin untuk bsamanya....

bkongsi cerita duka dan lara...

teringin sekali mcipta kenangn bsama dgnnya

namun ALLAH lebih Menyayangi nya....

MAK ....

damai laaa dikau DISANA...

semoga rohmu bsama dgn org2 yg dikasihiNYA...." - Mariani Embran ( kakak sejawat denganku)



dan dalam ketika ini.. banyak persoalan menerjah di minda.. tentang masa depan.. tentang masa lalu.. tentang insan istimewa yang bakal aku meletakkan separuh hidupku sebelum aku disunting secara sah dalam akad dan nikah.. soalan itu dan ini... tentang ketakutan.. tentang kerisauan.. tentang kebahagiaan.. tentang kesetiaan.. tentang kesudiannya.. tentang penerimaan... dan tentang penyesuaian aku dalam kehidupan baru.. bersama dia dan keluarganya.. bersama kehidupannya.. bersama peribadinya.. bersama karektornya.. bersama ketegasan mahupun cintanya.. bersama belaian dan diam sunyi sepinya.. bersama gurauan serta kesedihan dan kekecewaannya.. mampukah?.. mampukah aku menjadi penyokong terhebat... pencetus idea.. peniup semangat.. mampukah aku menjadi yang terbaik untuknya?... semoga tiada lelah dalam pembentukan diri dalam membina mahligai ini kelak... insyaALLAH.. amin..

0 Comments:

Post a Comment