Wednesday, August 31, 2011
kisah sedih... hurm.. kadangkala aku terlalu kepinginkan teman yang mampu mendengar kisahku berulangkali.. namun..... hurmm... semoga aku mampu untuk lena.. memejam mata dan pekat malam membawa jauh kisah itu dan hening pagi esok memberi semangat dan nafas baru untukku.. insyaALLAH.. amin..
semoga senyum itu mampu mengubat hati dan membawa bahagia dan ceria... walau dekat di alis mata, kulihat sedih yang menerpa sehingga tidak tertahan seminit dua..
abah... semoga kuat jiwamu.. semoga teguh semangatmu.. sedih kulihat abah begini.. hurm... atie tau apa yang abah rasa.. atie pun rasa.. kami semua pun rasa.. kite dalam proses melepaskan kisah itu perlahan2.. imbasan dengan mak sentiasa menari di mata... dan pengakuan itu inginku laungkan sama seperti abah.. "semua dah sebati-kata abah"....
kutahan sebak itu dikerongkong.. tak terlepas sedikit pun suara.. supaya tidak didengar getaran yang menggegar segenap dada... aku hanya mahu menangis sekuatnya malam ini.. tapi.. tertahan jua.. aku harus tidur.. walau kutahu pasti air mata itu menjadi penyejuk mengalir di pipi... semoga tangisku tidak lama dan terus lena sehingga esok...
Selamat Malam Duka...