Friday, August 5, 2011

Yahoooo... balik!!

050811 - tak sabar nak balik ipoh... apa nak masak petang ni ye.. mesti ada ikan yang abah pancing dalam peti ais.. kalau masak lemak cili api pun sedap jugak ye.... dah berapa hari tak makan nasi ni.. kalau balik mesti mkn nasi.. haha..


dulu masa mak ada.. mak yang selalu masak.. aku cuma tenung2.. tolong sikit2.. sbb abah kurang kalau anak2 yang masak.. dia tau anak yang masak atau mak yang masak.. dan kalau anak yang masak mst kurang dia makan.. tak sedap kot.. huhuu... tapi kalau mak masak.. semua abah makan.. telur masak kicap pun abah makan..

bila fikir2.. teringat kata2 seseorang.. jadikan kenangan tu perkara yang tidak menyedihkan.. bukan mudah tapi tak mustahil.. sekarang aku dalam proses tu.. aku akan sentiasa menyebut tentang mak.. supaya aku mampu berdepan dengan emosi tu.. aku takut.. aku kena kuat.. aku kena lepaskan jugak..

buat seketika beberapa hari ni.. aku banyak cerita tentang mak.. tak kisah la dengan siapa pun.. aku mesti akan kaitkan tentang mak tentang banyak perkara.. aku nak berdepan dengan semua tu.. aku tak nak simpan dan sedih.. aku nak luahkan dan menerimanya sedikit demi sedikit..

aku tau Dia sentiasa bersama aku.. aku nak mencari bahagia.. bukan derita.. jadi aku alihkan semuanya pada insan2 yang masih ada di sini.. aku nak memberi bahagia dan ceria pada orang2 yang aku sayang.. insyaALLAH..

aku ingin memberi supaya aku turut senang dan gembira... bila kita sayang kat orang dan menghargai orang2 tersebut... insyaALLAH mereka akan mengembalikan kasih sayang itu padaku.. aku masih berusaha.. =)




0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget