Thursday, August 18, 2011
Apa yang anda inginkan?.. ada yang menjawab material semata-mata.. dan aku?.. hurm.. berfikir sejenak.. aku ingin mengalami sebuah kehidupan yang berbeza daripada kehidupanku kini.. namun kadangkala resah menemaniku.. aku cuma mampu berfikir sejenak dan berangan-angan indah..
kehidupan bagaimana yang aku inginkan?.. dari berseorangan menjadi berduaan.. tapi entah bila mampu dicapai.. menanti dalam meniti jalan itu.. sabar pasti menjadi teman akrab.. tapi segalanya perkara yang tidak pasti... dan ragu-ragu menjadi mainan di hati...
Namun segalanya bukan menerusi hati semata-mata.. perlu ada rasional dan logik yang mendorong keputusan ini.. walaupun jauh di dasar hati, kerana hatilah keputusan ini diajukan... dan sekiranya kerana logik akal semata-mata mungkin U-turn menjadi pilihanku...
Tapi.. Masih.. Tetap.. Hati jua merajai minda.. Semoga bahagia milikku yang abadi..