Tuesday, August 31, 2010

Sunday, August 29, 2010

baru.. saya yang baru..=)


Kembali ke TM.. esok rutin akan bermula.. semangat..semangat baru!!..

Bulan Ogos.. Banyak juga yang baru.. umur baru=24 tahun.. cermin mata baru=siputih.. hp baru=simerah.. semangat baru=hopefully berkekalan dan bertambah2.. insyaAllah.. hikmah di bulan Ogos..mungkin kerana Ramadhan menjelang ketika Ogos.. bulan kelahiran pun bulan Ogos.. dan paling istimewa.. tarikh lahir 19 Ogos 2010 ini adalah sewaktu Ramadhan.. banyak sebenarnya di sebalik bulan Ogos.. hanya saya yang tahu.. dan biarlah hanya saya yang tahu.. sebab setiap apa yang berlaku.. hanya kita yang rasa dalam hati.. hanya kita yang sedar apa perubahan yang ada dalam diri.. dan hanya kita yang tahu apa yang ditanggung dalam jiwa.. tiada siapa yang lebih kenal diri kita selain diri kita sendiri.. kerana saya dan aku adalah individu yang sama.. =)

Thursday, August 26, 2010

Alhamdulillah..

hari ni tak bermaya.. mcm takde semangat sangat pulak nak buat kerja.. lemah..mungkin faktor cuaca..panas sangat hari ni.. air dalam badan mula tersejat.. walaupun duduk dalam aircond tapi masih jugak rasa tak selesa.. hurm.. petang ni saya nak balik ke Ipoh.. tempat paling tenangkan hati..boleh main dengan Zara.. boleh sembang ngan Angah.. boleh cakap ngan mak n abah.. kalau ada rezeki boleh jumpa Mira.. Zara mesti dapat gembirakan hati.. telatah dia walaupun bukan berpisah lama ngan dia tapi setiapkali tengok dia mesti dia dah pandai mcm2.. nakalnye jgn dicakap.. makin bijak.. cakap pun dah pandai sembang2..


tips buat hati lebih gembira bagi saya: 1) tengok anak mata kanak-kanak.. akan rasa lebih tenang sbb mata kanak-kanak jernih.. 2) dekatkan diri pada keluarga.. perasaan sedih tu mesti akan tersalur kepada rasa kasih dan sayu tengok betapa beruntungnya saya ada keluarga.. 3) mendiamkan diri.. 4) tengok langit..tengok awan.. tengok bintang..tengok bulan.. subhanallah.. Ada yang lebih berharga dari rasa sedih yang ada dalam hati..

alhamdulillah.. dapat juga dirasa apa itu emosi yang ada dalam hati.. maknanya.. saya masih manusia biasa yang perlu perbaiki diri..

Nota Kaki Hina: Allah Sayang Saya.. Alhamdulillah..

Wednesday, August 25, 2010

Gaji Pertama..

Alhamdulillah.. dapat jugak membeli 2 buku pada bulan ini.. gaji pertama dimanfaatkan.. insyaAllah.. niat dah tertunai.. sebab dari hari tu nak beli buku tapi tak beli2.. duk pinjam buku kat library..almaklumlah.. kegawatan sikit..hehe.. kena kembali membaca.. banyak sangat benda yang tak tau nih.. pengetahuan yang cetek.. isy isyy.. ape nak jadi nih.. bila nak maju ni wahai cik Norhayati Zainudin??...

ni buku yang dibeli pada hari ini.. wahhh.. malam ni nak start baca buku Sirah Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin R.A.. ade rezeki nak beli buku2 isteri2 nabi yang lain.. tapi tadi cuma nampak sayyidatina Khadijah jer.. hurmm.. insyaAllah.. dah khatam Al-Quran.. nak start baca terjemahannya pulak.. perlahan-lahan.. tapi jangan putus yer cik Norhayati Zainudin.. kamu yang hebat.. mesti boleh punyalah..=)






Birthday Abah...

Hari ni dah 25 Ogos 2010.. Genaplah 59 tahun umur abah.. dah tua dah yer.. dulu saya tak perasan yang abah dah semakin meningkat usianya.. saya nampak abah mcm abah yang saya nampak masa kecil.. tapi bila saya dah menginjak dewasa.. saya nampak uban abah.. saya nampak kedut dia.. saya nampak penat dia.. kuyu matanya.. seringkali tertidur.. buat kerja sikit dah mengadu penat.. kalau dulu saya nampak abah kuat.. abah boleh buat apa sahaja.. tapi kini semua tu terbatas.. saya tahu abah dah semakin tua.. sempat kah nak balas jasanya.. banyaknya pengorbanan.. sayu hati bila mengenangkan semua tu.. saya kena berubah.. saya kena jadi anak yang baik.. kena jadi anak yang solehah.. InsyaAllah.. saya sms pada abah.. ucapan salam hari lahir.. itu je yang mampu..

hurm.. tadi jam 11.30 mlm.. mak call.. saje tanya kabar.. and th
en mak ckp jgn lupa.. kul 12 nanti.. saya faham dah maksudnya.. mak ckp mak tak beli kek.. nanti je nak beli baju raya abah.. hehe.. itulah mak saya.. dia terlalu sayangkan abah saya.. sehingga kadangkala melimpahnya kasihnya itu menyebabkan kurang pertimbangan.. meluapnya sayang pada abah tak pernah padam walaupun kad
angkala kata-katanya tidak menggambarkan seperti hatinya.. saya doakan kedua orang tua saya dipanjangkan umur.. dan sempat ke Tanah Suci.. dan sempat melihat anak-anak daranya disunting orang dan bercucu dan bercicit..bahagianya...=)

p/s: walau bagaimanapun keluarga kita.. mereka tetap keluarga kita.. yang sentiasa ada di susah senang..sedih gembira kita.. yang sentiasa sokong dan doakan kejayaan kita.. saya percaya semua tu..

Monday, August 23, 2010

-ILY-

"I should not let the best thing that has happen to me slips out of my hands."


i just love the quote after reading it through one blog.. it can be interpreted and applied in many situations.

1- career - if you have an opportunity to be outstanding in front of great people.. just do it!..

2- family - appreciate them by saying, giving something memorable as long as you got the chance..

3 - friendship - do something honestly in friendship.. appreciate them.. remember important date of your best friends.. etc.. if you don't want them to go..

4 - love - just grab a chance to be with someone that you really adore.. because you wouldn't know what happen next.. if you just let 'the one' goes, maybe you couldn't find someone that can touch your heart earnestly for coming thousand years.. just hold 'the one' heart.. whisper the magical word..
"Cik Abg.. I just want you to know that i would never ever let you go unless you can find someone else that can make you smile and touch your heart more than i do.. i just can't wait to say out loud that I Love You Just The Way You Are.." =)

p/s: ILY

Sunday, August 22, 2010

Bersediakah daku?

Perkongsian: Bersedia menjadi isteri

Tempoh hari, saya menulis berkenaan bersedia menjadi suami. Respon daripada itu, beberapa pembaca perempuan telah membuat request agar saya menulis berkenaan bbersedia menjadi isteri pula.

Sebenarnya, artikel bersedia menjadi suami itu untuk mengingatkan diri saya. Jadi rasa pelik pula bila nak tulis bersedia menjadi isteri. Sebab saya bukan perempuan. Tapi saya tulis juga. Penulisa kali ini lebih kepada harapan saya buat wanita.

Biar nanti, dari tangan mereka terbina ummah yang hebatnya tiada tara.

Semoga perkongsian ini Allah redha.


Kesedaran yang perlu ada pada seorang perempuan

Apa yang istimewanya perempuan berbanding lelaki dalam hal kekeluargaan?

Satu perkara yang perempuan buat dan lelaki tidak akan dapat melakukan. Itulah dia melahirkan anak.

Saya kira, perkara terpenting untuk seorang perempuan adalah melihat tugasannya untuk menjadi ‘pengeluar’ kepada anak. Sebelum anak dilahirkan pula, dia menjadi ‘pengawal’ yang mengendong anak yang sedang terbentuk di dalam rahimnya itu selama 9 bulan 9 hari lebih kurang.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kesusahan demi kesusahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Surah Luqman ayat 14.

Wahai perempuan, tidakkah kamu melihat itu?

Adakah itu satu perkara kecil?

Kadang-kadang, perempuan selalu melihat dirinya adalah puteri di sisi suaminya. Tetapi, selalu sahaja perempuan terlupa meletakkan dirinya bahawa dia akan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Sudahkan anda berusaha untuk bersedia untuk memikul beban tanggungjawab?

Didikan semenjak sebelum lahir

Saya senang percaya bahawa didikan seorang anak itu bermula sebelum anak itu lahir lagi. Saya juga percaya bahawa keadaan seorang Ibu banyak mempengaruhi anak.

Bagaimana agaknya ya, kalau Sang Ibu adalah seorang yang meninggalkan arahan Allah tanpa uzur sepanjang mengandung anaknya? Bercakap perkara yang buruk dan kotor sepanjang anak di dalam kandungannya? Melakukan dosa sepanjang anak itu terbentuk di dalam rahimnya?

Bagaimana agaknya ya?

Memang kita tidak menyebut: “Wahai anak, lakukanlah dosa”

Tetapi saya yakin, amal kita mempengaruhi anak.

Justeru, perempuan, tidakkah kalian melihat betapa kalian sudah mula perlu berusaha untuk bersedia dari sekarang untuk menempuh hari-hari itu?

Atau bila sudah mengandung baru belajar menyisihkan sikap buruk?

Dan bayangkanlah selepas anak lahir, kita tidak dapat lagi mengikis sikap buruk kita.

Bagaimana?

Maaf, tiada cuti

Satu hakikat yang perlu disedari dan difahami adalah, kehidupan berumah tangga tidak mempunyai cuti. Maka tanggungjawab seorang perempuan dalam menjadi Ibu dan Isteri tidak akan mempunyai cuti. Ia satu tanggungjawab sepanjang hayat.

Jadi, bagaimana agaknya hendak mengharungi kehidupan panjang menggalas tanggungjawab itu jika tidak berusaha dari sekarang untuk bersedia?

Boleh jawabkah?

Emosi semestinya akan digoncang oleh pelbagai ujian yang wujud dalam samudera rumah tangga. Kemudian bagi yang bermimpi-mimpikan suami kacak, maka anda nanti akan melihat suami anda selepas bangun tidur yang belum gosok gigi lagi bersama rambut berserabut. Jangan lupa anda akan berurusan juga dengan muntah dan najis anak.

Belum dikira tugasan kerja di tempat kerja, urusan dapur dan sebagainya. Ditambah juga dengan pendidikan anak, pendidikan diri, hendak melayan suami lagi dan sebagainya.

Dan semua itu akan berjalan tanpa cuti. Tiada cuti hujung minggu. Tiada cuti hari pekerja. Tiada cuti hari raya. Setiap masa, saat dan ketika, anda tetap seorang isteri dan seorang ibu dalam satu rumah tangga.

Bolehkah ianya dilaksanakan dengan baik tanpa usaha untuk bersedia dari sekarang?

Oh, jangan lupa bahawa anda adalah contoh

Pada saya, guru pertama manusia adalah sesiapa yang ada dengannya buat kali pertama dia menguak dunia. Jika lembu, maka lembulah dia. Jika harimau, maka harimaulah dia. Jika godzilla, maka godzillahlah dia.

Maka, didiklah diri berperangai seperti manusia yang Allah redha dari sekarang.Setahu saya, melainkan kes-kes terpencil, majoriti manusia itu memerlukan masa yang panjang untuk memperbaiki dirinya. Jadi agak susahlah kan kalau bila anak dah lahir, masa tu la baru sibuk nak baiki diri itu ini.

Memang kita bukan gorilla dan saya yakin anak kita tak akan jadi gorilla.

Tetapi kita manusia yang ada kebaikan dan kejahatan. Agak-agak sisi mana dalam kehidupan kita yang akan anak kita ikuti? Maka hendak tidak hendak, kita perlulah membuatkan sisi kebaikan itu bersinar terang dalam kehidupan kita dengan menjadikan sebagai darah daging kehidupan kita.

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Bayangkan ya kalau kita tak perkemaskan akhlak kita semenjak sekarang. Mulut dah biasa sangat mengumpat bila tak puas hati, maka kita mengumpat-umpat di hadapan anak kita. Mulut ni laju je menyumpah seranah bila rasa bengang, maka kita sumpah seranah di hadapan anak kita. Mulut suka sangat merungut itu dan ini, maka kita merungut-rungut di haadapan anak kita.

Anak tengok dan membesar dalam keadaan itu.

Bagaimana agaknya ya?

Itu belum dikira lagi kalau perangai kita tak melambangkan peribadi yang Allah redha. Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat. Pakai tudung tapi pakai baju lengan sekerat. Tak pakai tudung, pakaian dedah aurat. Ditambah pula pakej mulut tak berlapik, suka merungut dan menyumpah seranah sahaja. Apatah pula yang adab pergaulan tak dijaga, berhubungan dengan ramai tanpa penjagaan yang sepatutnya?

Agak-agak, anak membesar bagaimana?

Maka, apakah kita dapat memenuhi tuntutan Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 6?

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);” Surah At-Tahrim ayat 6.

Memang kerja lelaki meluruskan wanita, tapi…

Saya terbaca blog rakan saya masa tadika, Asma’ Aminuddin berkenaan tanggungjawab lelaki yang perlu meluruskan wanita yang bengkok. Di dalam blognya, dia menulis bahawa, ada yang menyatakan ‘tak aci’ kepada lelaki yang hendak cari perempuan yang sudah ‘lurus’ sahaja. Tetapi Asma’ menyatakan bahawa, lelaki cari yang ‘lurus’, agar kehidupan rumah tangganya tidaklah bengkang bengkok masa hendak menjalankan proses pe’lurus’an seorang isteri.

Jadi Asma’ kata, hendaklah perempuan-perempuan berusaha meluruskan diri mereka sendiri masa bujang ni.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” Surah An-Nuur ayat 26.

Memang tugas lelaki memimpin wanita, mendidik isteri dan mentarbiyahnya. Tetapi yang perlu disedari oleh isteri adalah, mereka akan mempunyai anak pula untuk ditarbiyah. Suami nantinya perlu mencari nafkah. Tambah pula bila isteri juga bekerja. Jadi masing-masing ada kesibukan masing-masing.

Baru hendak me’lurus’kan diri lepas kahwin?

Ha… Fikir-fikir panjang sikit.

Bukakah mudah kalau dah usaha untuk ‘lurus’ dari sebelum kahwin?

Tidaklah pening kepala si suami. Nak tarbiyah anak lagi, nak cari nafkah lagi, isteri pun nak kena tarbiyah juga. Kan dah tak cukup tangan?

Penutup: Lebih Ibu dari Isteri

Mesti ada yang cakap, lebih baik tajuk post ini adalah Bersedia Menjadi Ibu berbanding bersedia menjadi isteri. Memandangkan, saya hanya menyentuh perihal hubungan isteri dengan suami sedikit sahaja.

Memang itu yang saya suka fokuskan. Kita selalu baca novel cinta, yang dibisingkan hubungan lelaki perempuan sahaja. Cinta suami isteri sahaja. Tetapi kita terlupa satu tanggungjawab besar di celah kemanisan cinta kita dengan pasangan kita.

Kita dan anak.

Bagi saya, mendidik anak adalah urusan terbesar seorang isteri kepada suaminya. Bukanlah maksudnya di sini suami tidak perlu mendidik anak. Tetapi lebihnya kepada isteri yang merupakan manusia pertama berhubung dengan anak semenjak dari awal proses kehadirannya ke dunia lagi.

Ketahuilah wahai perempuan, anda tidak dimuliakan oleh Islam hanya kerana anda adalah perempuan. Tetapi anda dimuliakan adalah kerana perempuan itu mempunyai tanggungjawab besar dalam membina ummah.

Bagaimana perempuan mempunyai tanggungjawab besar dalam membina ummah?

Yakni dengan membina anak-anak mereka.

Tidakkah kalian melihat betapa besarnya tanggungjawab kalian?

Maka, mengapa tidak lagi kalian bergerak untuk berusaha mempersiapkan diri?