Tuesday, August 10, 2010

Susila Melayu..

hari ni keluar meraih rezeki di tempat orang.. ilmu ditimba sambil bekerja.. teringat artikel tentang merosotnya masyarakat membuka mata tentang kepentingan subjek kesusasteraan melayu..


dunia pendidikan kita semakin mengejar kemajuan dari aspek bijaksana akademik.. mata dibuka melihat teknologi.. mata dibuka untuk melihat inovasi.. semuanya pandai-pandai..semuanya cerdik belaka.. bagus..bagus.. tahniah kepada para pelajar kini yang sangat mementingkan pelajaran yang berteraskan pencapaian akademik dalam peperiksaan.. A++ untuk semua subjek.. namun.. bagaimana pula dengan modal insannya?..

artikel itu menerapkan elemen sastera adalah salah satu cara bagaimana untuk memupuk pelajar yang celik susila melayu.. celik nilai estetika masyarakat setempat.. nilai baik, nilai positif.. hal ini boleh dilihat bahawa apabila seseorang itu mendapat pencapaian akademik, mereka akan ditaja.. akan disanjung.. bila dapat A++ semuanya OK.. tapi bagaimana pula dengan sifat batiniah.. jangan dicerita tentang pegangan agamanya.. tidak mahu saya bicara tentang pegangan agamanya kerana saya yang jahil tidak layak menilai anak-anak muda itu..

inilah yang dijuangkan oleh penggiat sastera melayu.. sastera melayu penuh estetika.. penuh adab..penuh kiasan.. itulah melayu kita.. alunannya indah, suaranya halus, kata-katanya lancar dan berlalu mengikut arus.. bila penyair mengalunkan syairnya, pasti leka penuh asyik.. bila penyajak menzahirkan emosinya, mata berkaca penuh tertarik.. dan bila cerpen menyusun katanya, pasti hanyut lalu merempuh pintu imaginasinya.. di mana kurangnya sastera melayu sehingga masyarakat MELAYU amnya semakin lupa,semakin benci dengan hasil karya warga sendiri..

mungkinkah pada kiasannya yang cukup mendalam?- bijak pandai kini sungguh pandai sehingga tidak mampu mencerakinkan maksud tersirat..
mungkinkah pada alunan keasyikannya yang penuh syahdu? - bijak pandai kini sungguh bijak sehingga tidak mahu khayal dengan keasyikan itu lalu menghentak kaki mengikut irama lagu kontemporari..
mungkinkah salahnya karya seorang ceritera yang penuh indah memberi imaginasi yang tersendiri? - ohh mereka yang bijak pandai tidak mahu lagi berimaginasi kerana sudah ada 3D yang menggambarkan segalanya..

namun relevannya hujah para penggiat sastera.. subjek kesusasteraan melayu semakin tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah.. mereka kata sastera melayu lapuk, sastera melayu tidak menyumbang kemajuan negara.. namun sudah lupakah mereka.. bagaimana hendak maju jika tiada jati diri kukuh dalam jiwa? mahukah kita maju sebagai masyarakat yang tiada identiti? mahukah kita maju tanpa ada nilai dan adab susila?

jika dilihat kembali.. modal insan itu boleh dibentuk menerusi penerapan kesusasteraan melayu.. percaya atau tidak.. modal insan datuk moyang kita sudah terbentuk sejak zaman berbalas pantun dahulu?.. kenapa begitu?.. kerana adanya nilai dan adab dalam berguru, adanya nilai dan adab dalam memajukan diri.. jika dilihat zaman dahulu dan kini.. kemajuan beransur-ansur datang. namun mutakhir ini sudah tidak dihiraukan lagi tentang adab susila.. anak murid mahu pandai tapi tidak pandai hormat pada guru.. anak murid lupa daratan sehingga merasakan guru bukan untuk dihormati kerana guru adalah kuli mereka yang dibayar untuk memberikan ilmu..

saya agak beremosi bila bicara tentang perihal kesusasteraan melayu yang semakin terpinggir.. saya sendiri mula mengenal susila bila membaca pantun dan sajak.. huraiannya pelbagai dan indahnya pada nilai yang baik..

penggiat sastera berduka bila dikatakan kesusasteraan melayu tiada nilai di mata masyarakat kita.. kenapa karya melayu diagungkan di luar negara tetapi tidak mendapat tempat dihati kita?..saya sendiri berasa tempiasnya kerana saya merasakan peranan kesusasteraan melayu ini mampu menajamkan minda, meluaskan buah fikiran dan mampu menjadikan kita lebih menghalusi setiap yang berlaku di sekeliling kita..


0 Comments:

Post a Comment