Sunday, August 8, 2010

Pendorong Emosi..

emosi pendorong kepada perubahan dan pembentukan tingkahlaku baru. dan tidak mustahil emosi juga adalah picu dalam menentukan keputusan seseorang untuk bertindak..

tapi bagaimana kita mahu menghalakan pistol dan menekan picu itu tepat pada bulls eye?.. ada atau tidak tatacaranya?.. ada atau tidak falsafah di sebaliknya?.. setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang subjektif mendorongnya.. picu itu ditekan dan dihalakan kepada tepat sasarannya..

begitu juga cara kita menghamburkan emosi kita.. jika kita marah.. bagaimana menyatakan kita marah lalu tepat maksud kemarahan itu pada org tersebut.. dan jika kita kecewa.. bagaimana kita menyatakan kekecewaan itu.. sukar tapi tak mustahil..

dan ianya sama seperti proses yang berlaku secara neurologikal.. mesej disampaikan dan maklumat diberikan kepada saraf yang akan bertindak... tatacara itu perlu dalam melafazkan emosi.. bukan sewenang-wenangnya kita lepas tanpa mengikut cara yang sepatutnya..

jika marah pada anak.. jangan terus menghukum.. tatacara awal adalah memanggil dan menyatakan kita marah.. kenapa kita marah.. adakah dia tahu itu membuatkan kita marah.. dan sedar atau tidak emosi lain mengikuti perasaan marah itu dan tingkahlaku yang mungkin ditunjukkan.. komunikasi dalam melafazkan sesuatu emosi tu sangat penting..

jelas tentang emosi anda.. apa yang anda rasa.. kenapa anda rasa begitu.. apa yang org itu rasa jika kita menyatakan emosi kita.. dan bagaimana perhubungan dan persentuhan emosi yang akan berlaku jika kita aplikasikan cara ini?..

jom kita kaji.. =)

0 Comments:

Post a Comment